~ Wahyu Pilihan ~

Firman Allah, "Wahai manusia! Sungguh, telah datang Rasul (Muhammad) kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah (kepadanya), itu lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (itu tidak merugikan Allah sedikitpun) kerana sesungguhnya milik Allah-lah apa yang dilangit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" Surah An-Nisa' 4:170


Tuesday, April 28, 2009

Mengenang kisah lama..

*Part of this entry was written on my birthday, the 15th of April 2009


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pada hari ini, ana telahpun mencapai usia 22 tahun. All the ups and downs of life telah banyak mengajar ana erti hidup, dan inilah yang akan ana ceritakan dalam blog entry kali ni. Rata2nya ramai yang ingin mendengar kisah hidup ana yang penuh pancaroba dan harapnya anda semua boleh mengambil iktibar daripadanya. Tetapi sebelum itu, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari lahir pada ana dari Malaysia, UK, Ireland, Indonesia, Russia, Czech, US, dan lain2. Ana sangat2 hargai kerana ucapan2 anda semua sangat menggembirakan hati ana yang sunyi di bumi Galway ini.


Ana telah bersekolah di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching (kolej, in short) ketika ana berusia 13 tahun. Sekolah tersebut merupakan sekolah harian kawalan, which means that sebahagian dari pelajarnya merupakan pelajar harian, dan sebahagian daripadanya menetap di asrama sekolah. Adalah menjadi impian ayah ana untuk menghantar ana ke sekolah asrama, so I had to stay kat asrama eventhough rumah kami sangat dekat. I hated the dorm sebab sangat homesick. I remember crying on my first day of school in kolej, huhu.

Pada ketika itu ana belum mengenal erti solat 5 kali sehari. Gaya hidup islam belum menjadi gaya hidup ana. Pada ketika itu, ana menjadi rimas. Lebih2 lagi dengan senior2 yang tidak mengerti 'seni dakwah'. Suasana di Kuching adalah berbeza dengan suasana di semenanjung Malaysia (pada ketika itu). Mungkin sebab ana berasal dari sekolah missionari sebelumnya (Sekolah Rendah Bantuan St. Joseph). Ramai juga yang tidak menjaga solatnya, dan Islam ana hanya pada nama... sedih betul bila terkenang kembali..

Pada ketika itu juga, akhlak ana sangat pincang. Tak fikir perasaan orang lain.. Hanya memikirkan diri sendiri. ( Ana tak reti sangat camne nak cerita). Tapi dipendekkan cerita, i was hated oleh ramai sangat orang. Part ni la yang ana kata, ana dibenci satu sekolah (Don't take it literally la..). Baik satu batch or akak2 n abang2. Baik yang asrama, mahupun yang harian. Ana pernah di pulau oleh kawan2. Just imagine, time tu ana masih tingkatan satu. Bersendirian.. Nasib baiklah Allah masih sayangkan ana, dengan menganugerahkan seorang sahabat yang sangat setia. His name was Maisarah Husin. (Yes, a He. selalunya nama maisarah tu, perempuan.. huhu). Dia lah yang membongkarkan pemulauan ana tu pada ana. I wasn't sure (or was ignorant) about it. I remember he said to me, "I feel that i have to tell u this. Aku kesian sangat kat ko..". Dialah yang masih mahu mendampingi ana di kala semua menjauhi ana. I was so hated, sampai ada komplot2 yang nak gulingkan ana dari menjadi ketua kelas (Sebelum itu, ketua kelas kami seorang perempuan, ana timbalan. But she moved to Sekolah Menengah Sains, so I replaced her). Ana ingat lagi kisah tu. Diorang dah lantik ketua kelas baru, dan ajk2 yang lain. (I remember nama ketua kelas yang diorang lantik tu - Shaharuddin - a very smart guy! I wonder how his doing now..) Huhu.. sehingga sekecik2 jawatan tu pun, mungkin sebab diorang sngat tak suka, diorang gulingkan ana. But ana dengan tak malunya ketika itu (malunya bila teringat balik akhlak dlu2!) stood in front of the class, and said to everyone, "i know the plots that you guys are planning. And I know that the new KK has started 'working', but im telling you guys, STOP IT! (Macam kes ala2 Zambry dengan Nizar lak..)". I performed quite well kat sekolah, getting at least no. 2 dalam kelas, sehingga tingkatan 2.



video
A video of me playing one of my fav sports (other than badminton!)


I stayed kat asrama sehingga tingkatan dua. I left the dorm because I was selected by Majlis Sukan Negara (MSN) for the National Youth Development Program in Tenpin Bowling. Heh, that was one of the veeeerry few sports that I am good at.. huhu. Teringat sorang abg ni, kalau tak silap nama dia abg Wan, he met me kat surau kolej, and said "Azri, i heard that u are leaving asrama. But, I think you should stay. Sebab people are having a negative perception towards u. Nak dapat kepercayaan sorang susah, tapi nak hilangkannya sangatlah senang. You should try to change that first.." I remember thanking him for the advice, but the decision to leave the asrama was not amendable. Lagipun, mmg ana mencari peluang untuk keluar dari asrama sejak tingkatan 1 lagi..

Banyak lagi kisah2 pelik yang telah ana buat dlu2, but I want to share with you guys the important part of my story - bagaimana Allah memberi hidayah pada ana..




If I can recall properly, I started when I was in form 2. A nice abg called Cikgu Jemali always come to our surau, and giving tazkirah and ceramahs. Dia follow jemaah tabligh. Selalu juga jumpa dia sehingga sekarang, sebab he occasionally visit the surau dekat2 rumah ana. He used to give tazkirah ttg hari kiamat, dan juga alam barzakh. Ana sangat2 terkesan dengan ceramah2nya, sehingga menggigil2 ketakutan. Tapi, lepas keluar dari surau, ana kembali ke asal. Beginilah manusia, iman naik dan turun. Sekejap ingat, lepas tu lalai.. Haish. Tapi Allah sayang pada ana, dan bermula siri mimpi yang menggoncangkan hati....



*** Untuk kesinambungan cerita ini, pastikan anda semua mengunjungi blog saya! (To be continued...)***



5 comments:

Anonymous said...

dramatik..dramatik..heh

auummm said...

erm... x boleh lepaskan kisah azri ni... macam2 versiona ku dgr time first2 masuk mrsm koki dulu...

zuhri shin said...

looking 4ward for the next episode... :)

afiqah said...

salam..azri,i dunno the plot tauk sik..mek sik sgka sampe gya skali jak org molah ktk..sabar keh..disebabkan kesabaran ktk tok lah,ktk leh jd cmtok nektok..hurmm..kamek tauk kmk tok xdalah bagus gilak,tapi nak..mek perhatikan rami org xsuka ngan org yg 'lebih berpengetahuan' dr cdak especially org yg outspoken tok.biasalah manusia dengki..xpa2,apa pun,jus focus in ur life,abaikan suara2 sumbang yg dengki..

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ada 1 prmintaan..
sy ada dngr2 pasal mimpi yg tyme abg d surau tu..
erm,bleh tau full version mmpi tu?
sbb,ada 1 mlm ni sy mmpi yg ala2 mmpi abg la..
n sy tul2 takut n blum lg crita bnda ni dgn org len..
abg 1st person sy crita..
herm..